I LoVe YoU DeAr...


Thursday 3 January 2013

Bertemu CINTA dalam CINTA...



Arafah. 
Padang yang menyaksikan sejarah cinta sulung Adam dan Hawa bertemu.
Mewarisi ujian cinta di padang pasir, Ibrahim meninggalkan teman setianya Hajar dan buah hatinya, Ismail semata kerana Yang Esa. 
Sekilas wajah Yusuf, bertaut tulus cintanya Zulaikha beralih kepada Cinta Yang Maha Sempurna.
Tatkala Kerajaan Cinta antara Sulaiman dan Balqis bersemi dek Cinta Yang Memiliki Kerajaan langit dan bumi turut bersatu. 
Terpateri Cinta Agung Muhammad  cintanya untuk isteri dan ummat yang dikasihi, meresap ke dalam hati-hati sehingga tiba belabuh ke hati. 
Demikianlah sekeping hati setiap insan sehingga ke hari ini tidak pernah kering menerima warisan cinta itu.
Subhanallah... 
Madah cinta itu sungguh seni dan puitis.. 
Kehadiran cinta yang semenjaknya di syurga mana mungkin boleh ditolak oleh hati sedangkan ia adalah kurniaan Ilahi, anugerahnya kepada hambaNya untuk menyempurnakan fitrah kejadian insani.
Fitrah ingin dicintai dan mencintai. 
Andai hati ini tidak meminta untuk melintasinya, atau sekalipun membungkam seribu doa, malah mengalihkan pandangan, dan mengunci bicara, ia tetap ada, wujudnya sedia di batas hati setiap jiwa. 
Kadangkala tanpa sedar, tanpa paksaan ia hadir.
Adakah ini cinta? Tunggu sekejap! Wahai hati yang hidup dengan suluhan iman...Berhati-hati, jangan tertipu oleh penipu profesional iaitu nafsu dan bisikan syaitan! Keluarkan senjatamu.. DOA. Ya itulah senjata mukmin. Maka berdoalah!

"Ya Allah, aku berlindung kepada kalimatMu yang sempurna, dari apapun kejahatan yang Engkau ciptakan." -Amin Ya Rabb-

Seutama-utama cinta itu adalah Allah. Dia Yang menciptakan Cinta, maka cintanya adalah yang pertama dan utama.  
Dialah yang selayaknya dicintai. 
Allah pasti membalas cinta itu dengan sifatnya Yang Maha Mengasihi.
Hingga hujung nyawa,
Aku tetap ingin menjadi pencintaMU,
Inginku isi rongga-rongga rindu ini,
Dengan madu cinta Pencipta Cinta,
Setiap hela nafas mengalir suci namaMU,
Tersemat utuh di hati tanpa noda,
Sucinya bersih menghiasi qalbu,
Penyuluh hidup, pengukir bahagia,
Tanpanya tiadalah segalanya,
Hingga hujung nyawa,
Ku ingin tetap bersama cintaMU.

Cinta itu hakikatnya suci, kadangkala menguji hati seperti Saidina Ali dan Az-Zahra. Adanya sabar dan tabah menyulami iman menterjemahkan kesetiaan di batas waktu yang menjadi rahsia Allah. Dalam memilih cinta, ajaran nabi jadi garis panduannya. Perlu bijaksana meletak prioriti cinta antara terutama dan utama.
Cita-cita jadi mahar cinta. Harapan disampaikan melalui doa, memohon pilihanNya dalam sejadah istikharah, musyawarah menetapkan kematangan dari yang berpengalaman, restu penjaga diri tulus dipinta. Jangan dinoda oleh serakah jiwa yang lemah. Jujur pada pendirian yang tidah tergugah.
Bijak mengurus, mengawal dan menterjemah dalam bimbingan PEMILIK HATI juga perlu di ambil peduli. Meng'upgrade' diri menjadi soleh atau solehah bukan kerana si dia, tetapi berusaha menjadi soleh dan solehah semata kerana DIA. Ikhlas dan tawakal pada pilihanNYA bukti pergantungan diri mensyukuri ketetapanNya. Bila dan siapa jodoh itu, pasti bertemu cinta di Arafah RahsiaNya, kerana empunya diri yakin pada janjiNya.
"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula).... "
(Surah an-Nur ayat 26)

Taqwallah dan tulus iktikad demi REDHANYA pasti melestari ikatan ke Taj mahal Abadi.
Duhai manusia yang menyakini,
Teruslah mengemudi pelayaran dalam mengabdi dan membangun diri serta agamamu,
Usah dirimu sibuk menoleh dunia mencari raja atau permaisuri hatimu,
Masih banyak amanah dan tanggungjawab yang dikau galas,
Dunia ini hanyalah sementara,
Di sisi Tuhanmu ada yang lebih baik.
Duhai Manusia Yang Paling Bahagia,
Bukankah pergantunganmu sudah dikau letakkan kepada yang tidak akan buat dirimu kecewa,
Jika ya, usah bazirkan masamu tanpa berkhidmat kepada TuhanMu,
Bertemanlah dengan kesabaran kerana Tuhan Yang Satu,
Dia mengawasi dan menunjukimu setiap waktu,
Kerana janjiNya, bahawa Dia bersama orang yang sabar.
Duhai Manusia Yang Memiliki Ketenangan,
Hadapilah kenyataan dengan penuh keredhaan,
Dia Yang Maha Mengetahui ketetapan terbaik buatmu,
Dikau kan bahagia dengan mengingatiNya,
Kerana Dia memberikan cintaNya padamu
Bertemu cinta manusia
Dalam CINTA Agung di sisiNya.
InsyaAllah...
Bertemu cinta dalam CINTA akan kekal bahagia!


 Ya Allah, jika benar DIA tetulis di Lauh Mahfuz sebagai zauji yang akan membimbingku ke SyurgaMu, maka Engkau satukanlah hatiku dan hati DIA agar kami bisa menjadi pasangan bahagia sehingga ke SyurgaMu...


Kisah Si Brain Tumor (1)

"Yeay..yeay...esok dah boleh balik rumah..."...
Itulah kata2 aku kepada seorang dari rakan disebelahku...
Dengan nada bersahaja dan berlagu seperti keanak-anakan...
Tapi dalam kegembiraan itu terselit kepiluan kerana peristiwa pemergian kakak iparku baru sahaja berlaku dalam masa 1 minggu yang lepas...
Namun aku redho dengan ketentuan Illahi kerana ia lumrah kehidupan, yang hidup pasti akan mati...
Dengan hati yang gembira aku pun pulang ke rumah dengan menaiki bas.
Sampai sahaja ke rumah, aku berjabat tangan dan memeluk erat kedua ibu dan bapaku...
Aku merasakan ia adalah kali pertama dan kali terakhir aku memeluk mereka...
Seperti sesuatu yang tidak kena, tetapi aku tidak tahu apa yang bakal berlaku lagi selepas ini...

"Kak cik, makan...Pastu mandi dan solat maghrib...Nanti tak sempat pulak...Kenduri lepas isyak...Sekarang isyak awal..."..
Mak memberi arahan dengan nada yang perlahan kerana suara mak agak tidak normal...
Mungkin mak demam dan tak sihat...
"Kak cik tak nak mandi dulu...Kak cik solat je..Nanti selesai kenduri, kak cik mandi ye..."
Aku menjawab pertanyaan mak...
"Ye la..."
Mak mencelah...
Malam tu, suasana agak sayu kerana terkenangkan arwah apabila melihat anak kecilnya berlari mencari-cari ibunya...
Mak menitiskan air mata sambil mengenangkan arwah kakak...
Subhanallah...Allah itu maha Berkuasa...Aku tidak layak membantah setiap perkataanNya...
Kematian akan tetap menjengah manusia serta makhluk-makhlukNya yang lain...
Kehidupan ini hanya sementara...
Termasuklah aku...
Mungkin esok, mungkin lusa dan mungkin juga malam ini...
Namun aku redho dengan ketentuanNya...

Suasana kelam kabut kerana aku pengsan di rumah secara tiba-tiba...
Mak dan abah sudah risau dan panik...
Abang aku yang sulong terus memanggil ambulans untuk menghantar aku ke hospital...
Tetapi abah tidak mahu kerana dia sendiri mahu membawa aku ke hospital...
Dengan kadar yang segera abah membawa aku ke hospital yang terdekat...
Itu semua cerita mak pada aku setelah aku sedar dari pengsan...

Aku terasa pening...
Kepala aku sakit seperti mahu dihempaskan ke batu...
Urat ditengkuk aku semakin mengembang dan membengkak...
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya kepala aku...
Ubat sudah ku telan seawal 7 malam lagi...
Dan sekarang jam sudah menunjukkan pukul 10.48 malam...
Tetapi kesakitan yang aku alami masih tidak berkurangan...
Aku agak khuatir dengan keadaan aku...
Aku bangun dari tilam tempat tidurku dan berkeinginan untuk menuju ke dapur untuk mengambil segelas air suam...
Dalam perjalanan aku ke dapur, di tepi almari kain abah, aku terasa yang dunia ini gelap gelita dan berpusing...
Aku pelik dan secara tidak sengaja memegang tombol kekunci almari tersebut...
Dan selepas itu aku mula tidak sedar apa yang berlaku sehinggalah aku membuka mata dan aku berada di wad hospital...

"Alhamdulillah kak cik dah sedar...Mak risau sangat dengan keadaan kak cik..."
Mak dan abah berada di sisi aku ketika itu...Mak menceritakan apa yang telah berlaku...
Tiba-tiba...

"Mak cik, pakcik...Boleh saya bercakap dengan pesakit secara bersendirian??? Ada perkara yang saya mahu bicarakan dengannya..."
Doktor Asyraf, doktor yang merawat aku mohon keizinan dari mak dan abah untuk berdua bercakap di dalam wad tersebut...
Mak dan abah segera meninggalkan bilik tersebut dan terus menuju ke kafeteria hospital yang berada berdekatan dengan pintu masuk wad...

"Adik, saya mohon maaf atas apa yang saya mahu perkatakan ini...Saya harap adik kuatkan semangat selepas mengetahui berita ini..."
Dengan muka yang tenang dan memberi semangat, Doktor Asyraf menyapa aku...
"Baiklah doktor..."
Aku juga menipu diri sendiri dengan menunjukkan reaksi yang tenag, padahal hati aku ini hanya aku serahkan pada Allah...
Kerana aku tahu Allah lebih mengetahui apa yang akan terjadi...
"Selepas hasil pemeriksaan kami, kami mendapati adik mengalami brain tumor di sebelah kanan kepala adik...Dan yang lebih parah lagi, ia sudah mengenai bahagian belakang otak adik...Tetapi berita gembiranya, ia masih boleh dirawat...Dengan kaedah yang agak berbeza dari pesakit-pesakit yang pernah saya kendalikan sebelum ini...Harap adik boleh bersabar dan kuatkan semangat untuk melawan penyakit ini..."
Dengan serta-merta, air mata aku berderai jatuh menyusuri pipi dan hati aku tiba-tiba terasa kecil dan tidak berdaya anggotaku untuk bergerak...terasa kaku dan kejang urat-urat badanku...
Namun, aku gigih untuk berkata-kata kepada doktor tersebut...
"Doktor, saya mohon pada doktor agar merahsiakan perkara ini dari mak dan abah saya...Saya tidak mahu mereka bimbang...Dan jikalau ditakdirkan saya pergi, biarlah ia menjadi rahsia saya dan inilah hasrat saya pada doktor..."
Dengan tidak semena-mena juga, air mata Doktor Asyraf juga mengalir kepipinya...
Mungkin dia juga tersentuh dengan keadaan aku...

4 hari aku ditahan di hospital...
Hari ke-5, aku mohon untuk keluar dari hospital tersebut kerana aku merasakan diriku sudah sembuh, sedangkan dalamannya masih lagi lemah...
Aku mahu menjadi manusia normal yang boleh melakukan apa sahaja sebelum aku meninggalkan dunia ini...
Ini kerana aku tahu penyakit yang aku hadapi ini sangat merbahaya dan boleh membawa maut kepada pesakit yang mengalaminya...
Sejak hari itu, aku sering membaca artikel-artikel dari internet mengenai brain tumor ataupun kanser otak...
Semua simptom yang diberitahu dalam artikel tersebut adalah sama dengan perkara-perkara aneh yang berlaku pada diri aku sejak 2 bulan yang lalu...
Sakit kepala yang aku alami sudah meningkat dari satu kali sebulan kepada 3 atau 4 kali sebulan dan memakan masa yang lama...
Ingatan aku juga terganggu apabila aku mula melupai apa yang telah berlaku baru-baru ini...
Aku juga seringkali tersasul dalam percakapan...
Dan aku seringkali merasa loya dan pening kepala...
Setiap kali terjadinya perkara-perkara tersebut, panadol adalah ubat setia yang menemaniku...
Hampir setiap malam aku menelan panadol tersebut, walaupun aku tahu apa akibatnya...

Sebelum aku bertolak pulang ke universiti, aku sempat mencium dan memeluk mak dan abah sambil berkata...
"Mak, kak cik minta maaf jika ada salah silap kak cik dengan mak...Halalkan segala pemberian mak termasuk susu badan mak yang mak berikan pada kak cik ye..."
ketika aku memeluk dan mencium pipi abah...
"Abah, kak cik mohon ampun dan maaf...Kak cik sayang abah lebih dari kak cik sayang diri kak cik..."
Abah menitiskan air mata dan membalas ciumanku dengan keadaan yang sedih...
Mungkin sebelum ini aku tidak pernah berbuat demikian kepada mereka berdua...

Dalam bas, aku bermonolog sendirian sambil melihat permandangan dan keindahan perjalanan pulangku ke universiti...

"Mak, abah...Mungkin ini kali terakhir kak cik dapat peluk mak dan abah...Dan mungkin juga ini kali terakhir kak cik pulang ke rumah dalam keadaan bernafas...Kak cik minta maaf mak, abah...Bukan niat kak cik untuk tidak memberitahu mak dan abah tentang hal yang sebenar..."
Sambil air mata berderai dengan laju dari sebelah kiri dan kanan ekor mataku...

"Ya Allah, mungkin ini satu suratan takdir untuk diriku... Aku terima dan redho dengan ketentuanMu...Dan mungkin juga ini adalah salah satu cara penghapus dosaku padaMu...Aku mohon padaMu ya Allah, jika benar aku masih punyai peluang untuk meneruskan kehidupan, Kau berilah aku cahayaMu dan kesembuah pada diriku...tetapi, jika tiada harapan untuk aku sembuh, maka Kau tariklah nyawaku ketika aku berada dalam keadaan beriman kepadaMu... Kasihanilah aku ya Allah...Amin ya Rabbal Al Amin..."
Inilah doaku setiap kali aku sujud kepada Allah...
Kerana aku tahu, Allah itu maha Mendengar setiap berkataan hambaNya...

Syukran ya Allah...

Ikhlas Dari Seorang Pendamba Ilmu...

Bunga sekuntum tandanya cinta,
Pengubat rindu buat si ayah,
Assalammualaikum pembuka tinta,
Kepada guruku Puan Safiah.

Tiada henti melayan tetamu,
Kasih terasa merawat duka,
Niat dihati ingin bertemu,
Namun masa membataskan kita.

Dipetik jangan daun selasih,
Nanti dimarah sang teruna,
Didahulu dengan terima kasih,
Ilmu dicurah sangatlah berguna.

Cahaya rembulan penerang lata,
Tempat berembun si anak nuri,
Enam bulan perkenalan kita,
Mohon diampun khilafnya diri.

Dahanan pohon burung bertamu,
Melihat pria diatas darat,
Berkat dipohon halalkan ilmu,
Agar bahagia dunia akhirat.

Pergi nelayan menjala ikan,
Jala ditahan terkena pari,
Doa Puan saya dambakan,
Rahmat Tuhan kejayaan diberi.

Sarang tebuan didaun palas,
Jika berjalan perlulah cermat,
Jasa Puan tidak terbalas,
Semoga Tuhan memberi rahmat.

Lalu rusa diranting berduri,
Tidah tercelah didahan kedua,
Sampai masa undurkan diri,
Diizin Allah kita bersua.

Mencari serkup bersama nenda,
Serkup baru berwarna kelabu,
Wassalam penutup tinta anakanda,
Buat guru bergelar ibu.

Ikhlas dari,
Ummi Shuhada binti Osman
Pelajar,
Kelas Bahasa Malaysia,
Kumpulan 34.

Wednesday 16 May 2012

Aku Bisa Bangun...

Beginilah kehidupanku setiap hari,
Diatas bumi kepunyaan Yang Maha Esa ini,
Penuh dengan Rahmat dan BerkahNya,
Dengan kesempurnaan jadianNya,
Manusia mencari-cari haluan,
Tumbuhan berhayun ditiup sang bayu,
Angkasa yang tidak menentu arahnya,
Ada saat kegelapan, ada juga kecerahan.

Suatu ketika aku merenung jauh,
Tanpa kerdipan kelopak mata,
Fikiranku dibuai angin nan lembut,
Sambil kulihat ilusi cakerawala,
Membuatkan aku terasa leka,
Tanpa sedar akan bahaya,
Yang bisa menerkan sudut jiwa.

Tatkala terbit mentari diluar sana,
Terlihatlah kehidupan didalamnya,
Tiada beda antara mereka,
Mencari sesuatu yang masih tidak mereka jumpa,
Mungkinkah ia hampir dengan kita?
Atau masih jauh yang perlu diteroka,
Tanpa jemu menghabiskan usia.

Aku kagum melihat mereka,
Cekal berlari walaupun tahu tanahnya,
Punyai permukaan yang tidak rata,
Mereka bisa jatuh ke bumi,
Tatkala mereka tidak tahu,
Gaung yang mereka gali sendiri,
Sedang menunggu dihadapan mereka,
Sedetik pun mereka tidak terfikir,
Bagaimana untukku khabarkan?
Kerana mereka pasti memilih jalan yang sama,
Kerna kesenangan yang mereka terima.

Disini aku berdiri,
Tetapi hanya seketika,
Laluku rebah dibumi yang nyata,
Tanpa ada akar yang membantu,
Tanpa bekalan yang mencukupi,
Membuatkan aku tidak bisa berdiri lagi.

Tidak bisa aku lafazkan,
Keperitan dan kesakitan yang aku alami,
Darahnya mengalir seperti air sungai di muara,
Lukanya luas bagai bumi terbelah dua,
Dagingnya bagai disiat sembilu dan kaca,
Mahuku menjerit agar seluruh alam mendengarnya,
Supaya ada yang bisa mengubati,
Setiap rekahan lukaku ini.

Benar kata mereka,
Aku yang jatuh dan tersungkur,
Maka,
Terpaksalah aku berusaha,
Untuk bangun semula dan terus bersama,
Demi mengejar pelangi dihadapanku,
Kerana suatu ketika pelangi itu akan menghilang,
Hilang disebalik mentari bercahaya.

Aku merangkak kehadapan,
Sedangkan mereka semua sudah berlari,
Walau penat dan payah,
Tetapi aku tetap berjuang,
Sehinggalah aku bisa bertatih sendiri,
Namun mereka,
Sudah merasai pelangi itu,
Pelangi sebuah kehidupan di dunia yang sementara.

Peluhku sudah membasahi muka,
Aku terus dan terus bertatih lagi,
Sehinggalah aku bisa berjalan,
Tanpa ada sesiapa di kiri dan kanan,
Dan akhirnya kau bisa,
Bisa menggapai pelangiku,
Pelangi yang aku bina sendiri,
Dengan bangga dan bahagia,
Walaupun hakikatnya sedih menyelubungi hatiku ini.

Saat kesedihan melanda lagi,
Pelangiku mulai pudar kembali,
Aku bertanya kembali pada diriku,
Bisakah aku menggapai pelangi itu kembali?
Untuk aku khabarkan pada mereka,
Bahawa aku juga bisa,
Bisa hidup seperti mereka.

Aku tidak mahu jatuh kembali,
Kerna ia banyak mengajar diriku ini,
Erti susah, erti senang,
Erti payah, erti mudah,
Untuk bangun dengan sendiri,
Tanpa mereka disisi.

Dimana rakan-rakan?
Dimana keluarga?
Dimana sahabat karib?
Mereka semua tiada tika aku tersungkur,
Mereka pergi tika aku keperitan,
Namun pengakhirannya tersangat indah buatku,
Kerna,
AKU BISA BANGUN,
Dengan bahagia dan bertenaga.

Ya Allah, sesungguhNya setiap yang hadir dalam diriku ini membuatkan aku terfikir tentang Mu... Setiap dugaan dan rintangan yang Engkau berikan kepadaku membuatkan aku tersedar dari segala khayalanku...

Thursday 29 December 2011

Sayang...


Sayang...
Dikau datang tika aku resah...
Menjadi penglipur lara di hatiku...
Membuatkan aku tertawa...
Dan hilang resah dan gelisahku...

Sayang...
Dikau membuka pintu hatiku...
Untuk menerima dirimu...
Dalam hidupku...
Menjadi penyeri taman sanubariku...
Sebagai teman seluruh hidupku...

Sayang...
Setiap kata-katamu aku simpan...
Didalam kamus fikiranku...
Tidak pernah aku tinggalkan...
Walau kemana jua kakiku melangkah...

Sayang...
Jangan pernah melukai hatiku ini...
Jangan pernah rosakkan taman ini...
Taman yang kita bina bersama...
Kerana keindahan didalamnya...
Hanya milik kita...

Sayang...
Janji yang dikau lafazkan itu...
Aku genggam hingga saat ini...
Kerana aku tahu...
Dirimu dan diriku pasti akan bersatu...

Tetapi sayang...
Dikau pergi dan terus meninggalkan aku...
Berseorangan tanpa keruan...
Membawa diri yang luka parah...
Mengalir darah merah didadaku...

Sayang...
Mengapa dikau lakukan ini padaku???
Sedangkan aku tidak pernah melukai dirimu...
Lafazkan padaku...
Seribu alasan yang terpendam...
Kerna aku tidak mahu...
Tidak mahu dilukai lagi...

Sayang...
Adakah cintaku padamu tidak cukup kuat???
Untuk menjadi tunjang taman kita...
Mengapa???
Adakah kasihku padamu tidak cukup terang???
Untuk menjadi pelita di taman kita...
Kenapa???
Adakah setiaku padamu tidak cukup kukuh???
Untuk menjadi benteng taman kita...
Mengapa???

Sayang...
Kini aku mahu dikau tahu...
Kehadiranmu hanyalah penggelap bagi hatiku...
Untuk menerima dirimu semula...
Buat selamanya...
Maafkan aku...

Tuesday 27 December 2011

PENGORBANAN...

Pengorbanan...
Kadang-kadang bukan mainan...
Kadang-kadang bukan juga pegangan...
Dalam setiap kehidupan...
Pasti ada halangan...

Pengorbanan...
Bukan mudah dilaksanakan...
Bukan senang dikotakan...
Kerana pengorbanan memerlukan kesabaran...
Yang menguji keimanan...

Pengorbanan...
Jangan sesekali dipandang ringan...
Jawapannya tiada di tangan...
Biar hati yang putuskan...
Untuk mencari secebis jawapan...
Yang bisa menerangi kegelapan...
Pengorbanan...
Janganlah kau jadikan mainan...
Kerana ia melibatkan...
Soal hati dan perasaan...
Juga bisa menghancurkan...
Kehidupan seorang insan...

Wednesday 7 December 2011

Tika Cinta

Tika nafasku masih menerpa...
Aku menjadi bayang dalam dirimu...
Terasa kasih sayang mu itu...
Menjerat hatiku ini...
Tidak mampuku berpaut...
Kerna dahan cinta semakin rapuh...

Tika nafasku terasa sedu...
Hatiku mula berkata...
Dimanakah penghujungnya???
Ikatan kasih kita...
Kerna aku tahu...
Cintamu padaku...
Tidak bisa ku lepaskan...

Tika nafasku dipenghujung...
Kau titiskan air mata...
Kerna penghujungnya telah tiba...
Saat dahan jatuh ketanah...
Kau terasa hiba...

Tika nafasku terhenti...
Kau mula berpaling tadah...
Tiada lagi rasa cinta...
Yang dulu bak debunga mekar...
Di taman hati...

Namun, aku mahu kau tahu...
Dari nafasku menerpa...
Sehingga aku memejamkan mata...
Cintaku padamu tidak pernah pudar...
Kerna aku tahu kau bisa hidup...
Tanpa diriku...

Jambangan asmara yang kita bina...
Tidak pernah lapuk dalam sanubari...
Kuntuman mewangi yang kita gubah...
Tidak pernah gugur dari hati ini...
Coretan kata cinta yang kita lafaz...
Tidak pernah terpadam dari kotak fikiranku...

Sayang...
Inginku katakan...
Aku setia menunggumu...
Hingga ke syurga...
Kerna aku tahu...
Kau adalah milikku...
Cinta...