I LoVe YoU DeAr...


Thursday 29 December 2011

Sayang...


Sayang...
Dikau datang tika aku resah...
Menjadi penglipur lara di hatiku...
Membuatkan aku tertawa...
Dan hilang resah dan gelisahku...

Sayang...
Dikau membuka pintu hatiku...
Untuk menerima dirimu...
Dalam hidupku...
Menjadi penyeri taman sanubariku...
Sebagai teman seluruh hidupku...

Sayang...
Setiap kata-katamu aku simpan...
Didalam kamus fikiranku...
Tidak pernah aku tinggalkan...
Walau kemana jua kakiku melangkah...

Sayang...
Jangan pernah melukai hatiku ini...
Jangan pernah rosakkan taman ini...
Taman yang kita bina bersama...
Kerana keindahan didalamnya...
Hanya milik kita...

Sayang...
Janji yang dikau lafazkan itu...
Aku genggam hingga saat ini...
Kerana aku tahu...
Dirimu dan diriku pasti akan bersatu...

Tetapi sayang...
Dikau pergi dan terus meninggalkan aku...
Berseorangan tanpa keruan...
Membawa diri yang luka parah...
Mengalir darah merah didadaku...

Sayang...
Mengapa dikau lakukan ini padaku???
Sedangkan aku tidak pernah melukai dirimu...
Lafazkan padaku...
Seribu alasan yang terpendam...
Kerna aku tidak mahu...
Tidak mahu dilukai lagi...

Sayang...
Adakah cintaku padamu tidak cukup kuat???
Untuk menjadi tunjang taman kita...
Mengapa???
Adakah kasihku padamu tidak cukup terang???
Untuk menjadi pelita di taman kita...
Kenapa???
Adakah setiaku padamu tidak cukup kukuh???
Untuk menjadi benteng taman kita...
Mengapa???

Sayang...
Kini aku mahu dikau tahu...
Kehadiranmu hanyalah penggelap bagi hatiku...
Untuk menerima dirimu semula...
Buat selamanya...
Maafkan aku...

Tuesday 27 December 2011

PENGORBANAN...

Pengorbanan...
Kadang-kadang bukan mainan...
Kadang-kadang bukan juga pegangan...
Dalam setiap kehidupan...
Pasti ada halangan...

Pengorbanan...
Bukan mudah dilaksanakan...
Bukan senang dikotakan...
Kerana pengorbanan memerlukan kesabaran...
Yang menguji keimanan...

Pengorbanan...
Jangan sesekali dipandang ringan...
Jawapannya tiada di tangan...
Biar hati yang putuskan...
Untuk mencari secebis jawapan...
Yang bisa menerangi kegelapan...
Pengorbanan...
Janganlah kau jadikan mainan...
Kerana ia melibatkan...
Soal hati dan perasaan...
Juga bisa menghancurkan...
Kehidupan seorang insan...

Wednesday 7 December 2011

Tika Cinta

Tika nafasku masih menerpa...
Aku menjadi bayang dalam dirimu...
Terasa kasih sayang mu itu...
Menjerat hatiku ini...
Tidak mampuku berpaut...
Kerna dahan cinta semakin rapuh...

Tika nafasku terasa sedu...
Hatiku mula berkata...
Dimanakah penghujungnya???
Ikatan kasih kita...
Kerna aku tahu...
Cintamu padaku...
Tidak bisa ku lepaskan...

Tika nafasku dipenghujung...
Kau titiskan air mata...
Kerna penghujungnya telah tiba...
Saat dahan jatuh ketanah...
Kau terasa hiba...

Tika nafasku terhenti...
Kau mula berpaling tadah...
Tiada lagi rasa cinta...
Yang dulu bak debunga mekar...
Di taman hati...

Namun, aku mahu kau tahu...
Dari nafasku menerpa...
Sehingga aku memejamkan mata...
Cintaku padamu tidak pernah pudar...
Kerna aku tahu kau bisa hidup...
Tanpa diriku...

Jambangan asmara yang kita bina...
Tidak pernah lapuk dalam sanubari...
Kuntuman mewangi yang kita gubah...
Tidak pernah gugur dari hati ini...
Coretan kata cinta yang kita lafaz...
Tidak pernah terpadam dari kotak fikiranku...

Sayang...
Inginku katakan...
Aku setia menunggumu...
Hingga ke syurga...
Kerna aku tahu...
Kau adalah milikku...
Cinta...

Saturday 26 November 2011

Kisah Si Brain Tumor (1)

"Yeay..yeay...esok dah boleh balik rumah..."...
Itulah kata2 aku kepada seorang dari rakan disebelahku...
Dengan nada bersahaja dan berlagu seperti keanak-anakan...
Tapi dalam kegembiraan itu terselit kepiluan kerana peristiwa pemergian kakak iparku baru sahaja berlaku dalam masa 1 minggu yang lepas...
Namun aku redho dengan ketentuan Illahi kerana ia lumrah kehidupan, yang hidup pasti akan mati...
Dengan hati yang gembira aku pun pulang ke rumah dengan menaiki bas.
Sampai sahaja ke rumah, aku berjabat tangan dan memeluk erat kedua ibu dan bapaku...
Aku merasakan ia adalah kali pertama dan kali terakhir aku memeluk mereka...
Seperti sesuatu yang tidak kena, tetapi aku tidak tahu apa yang bakal berlaku lagi selepas ini...

"Kak cik, makan...Pastu mandi dan solat maghrib...Nanti tak sempat pulak...Kenduri lepas isyak...Sekarang isyak awal..."..
Mak memberi arahan dengan nada yang perlahan kerana suara mak agak tidak normal...
Mungkin mak demam dan tak sihat...
"Kak cik tak nak mandi dulu...Kak cik solat je..Nanti selesai kenduri, kak cik mandi ye..."
Aku menjawab pertanyaan mak...
"Ye la..."
Mak mencelah...
Malam tu, suasana agak sayu kerana terkenangkan arwah apabila melihat anak kecilnya berlari mencari-cari ibunya...
Mak menitiskan air mata sambil mengenangkan arwah kakak...
Subhanallah...Allah itu maha Berkuasa...Aku tidak layak membantah setiap perkataanNya...
Kematian akan tetap menjengah manusia serta makhluk-makhlukNya yang lain...
Kehidupan ini hanya sementara...
Termasuklah aku...
Mungkin esok, mungkin lusa dan mungkin juga malam ini...
Namun aku redho dengan ketentuanNya...

Suasana kelam kabut kerana aku pengsan di rumah secara tiba-tiba...
Mak dan abah sudah risau dan panik...
Abang aku yang sulong terus memanggil ambulans untuk menghantar aku ke hospital...
Tetapi abah tidak mahu kerana dia sendiri mahu membawa aku ke hospital...
Dengan kadar yang segera abah membawa aku ke hospital yang terdekat...
Itu semua cerita mak pada aku setelah aku sedar dari pengsan...

Aku terasa pening...
Kepala aku sakit seperti mahu dihempaskan ke batu...
Urat ditengkuk aku semakin mengembang dan membengkak...
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya kepala aku...
Ubat sudah ku telan seawal 7 malam lagi...
Dan sekarang jam sudah menunjukkan pukul 10.48 malam...
Tetapi kesakitan yang aku alami masih tidak berkurangan...
Aku agak khuatir dengan keadaan aku...
Aku bangun dari tilam tempat tidurku dan berkeinginan untuk menuju ke dapur untuk mengambil segelas air suam...
Dalam perjalanan aku ke dapur, di tepi almari kain abah, aku terasa yang dunia ini gelap gelita dan berpusing...
Aku pelik dan secara tidak sengaja memegang tombol kekunci almari tersebut...
Dan selepas itu aku mula tidak sedar apa yang berlaku sehinggalah aku membuka mata dan aku berada di wad hospital...

"Alhamdulillah kak cik dah sedar...Mak risau sangat dengan keadaan kak cik..."
Mak dan abah berada di sisi aku ketika itu...Mak menceritakan apa yang telah berlaku...
Tiba-tiba...

"Mak cik, pakcik...Boleh saya bercakap dengan pesakit secara bersendirian??? Ada perkara yang saya mahu bicarakan dengannya..."
Doktor Asyraf, doktor yang merawat aku mohon keizinan dari mak dan abah untuk berdua bercakap di dalam wad tersebut...
Mak dan abah segera meninggalkan bilik tersebut dan terus menuju ke kafeteria hospital yang berada berdekatan dengan pintu masuk wad...

"Adik, saya mohon maaf atas apa yang saya mahu perkatakan ini...Saya harap adik kuatkan semangat selepas mengetahui berita ini..."
Dengan muka yang tenang dan memberi semangat, Doktor Asyraf menyapa aku...
"Baiklah doktor..."
Aku juga menipu diri sendiri dengan menunjukkan reaksi yang tenag, padahal hati aku ini hanya aku serahkan pada Allah...
Kerana aku tahu Allah lebih mengetahui apa yang akan terjadi...
"Selepas hasil pemeriksaan kami, kami mendapati adik mengalami brain tumor di sebelah kanan kepala adik...Dan yang lebih parah lagi, ia sudah mengenai bahagian belakang otak adik...Tetapi berita gembiranya, ia masih boleh dirawat...Dengan kaedah yang agak berbeza dari pesakit-pesakit yang pernah saya kendalikan sebelum ini...Harap adik boleh bersabar dan kuatkan semangat untuk melawan penyakit ini..."
Dengan serta-merta, air mata aku berderai jatuh menyusuri pipi dan hati aku tiba-tiba terasa kecil dan tidak berdaya anggotaku untuk bergerak...terasa kaku dan kejang urat-urat badanku...
Namun, aku gigih untuk berkata-kata kepada doktor tersebut...
"Doktor, saya mohon pada doktor agar merahsiakan perkara ini dari mak dan abah saya...Saya tidak mahu mereka bimbang...Dan jikalau ditakdirkan saya pergi, biarlah ia menjadi rahsia saya dan inilah hasrat saya pada doktor..."
Dengan tidak semena-mena juga, air mata Doktor Asyraf juga mengalir kepipinya...
Mungkin dia juga tersentuh dengan keadaan aku...

4 hari aku ditahan di hospital...
Hari ke-5, aku mohon untuk keluar dari hospital tersebut kerana aku merasakan diriku sudah sembuh, sedangkan dalamannya masih lagi lemah...
Aku mahu menjadi manusia normal yang boleh melakukan apa sahaja sebelum aku meninggalkan dunia ini...
Ini kerana aku tahu penyakit yang aku hadapi ini sangat merbahaya dan boleh membawa maut kepada pesakit yang mengalaminya...
Sejak hari itu, aku sering membaca artikel-artikel dari internet mengenai brain tumor ataupun kanser otak...
Semua simptom yang diberitahu dalam artikel tersebut adalah sama dengan perkara-perkara aneh yang berlaku pada diri aku sejak 2 bulan yang lalu...
Sakit kepala yang aku alami sudah meningkat dari satu kali sebulan kepada 3 atau 4 kali sebulan dan memakan masa yang lama...
Ingatan aku juga terganggu apabila aku mula melupai apa yang telah berlaku baru-baru ini...
Aku juga seringkali tersasul dalam percakapan...
Dan aku seringkali merasa loya dan pening kepala...
Setiap kali terjadinya perkara-perkara tersebut, panadol adalah ubat setia yang menemaniku...
Hampir setiap malam aku menelan panadol tersebut, walaupun aku tahu apa akibatnya...

Sebelum aku bertolak pulang ke universiti, aku sempat mencium dan memeluk mak dan abah sambil berkata...
"Mak, kak cik minta maaf jika ada salah silap kak cik dengan mak...Halalkan segala pemberian mak termasuk susu badan mak yang mak berikan pada kak cik ye..."
ketika aku memeluk dan mencium pipi abah...
"Abah, kak cik mohon ampun dan maaf...Kak cik sayang abah lebih dari kak cik sayang diri kak cik..."
Abah menitiskan air mata dan membalas ciumanku dengan keadaan yang sedih...
Mungkin sebelum ini aku tidak pernah berbuat demikian kepada mereka berdua...

Dalam bas, aku bermonolog sendirian sambil melihat permandangan dan keindahan perjalanan pulangku ke universiti...

"Mak, abah...Mungkin ini kali terakhir kak cik dapat peluk mak dan abah...Dan mungkin juga ini kali terakhir kak cik pulang ke rumah dalam keadaan bernafas...Kak cik minta maaf mak, abah...Bukan niat kak cik untuk tidak memberitahu mak dan abah tentang hal yang sebenar..."
Sambil air mata berderai dengan laju dari sebelah kiri dan kanan ekor mataku...

"Ya Allah, mungkin ini satu suratan takdir untuk diriku... Aku terima dan redho dengan ketentuanMu...Dan mungkin juga ini adalah salah satu cara penghapus dosaku padaMu...Aku mohon padaMu ya Allah, jika benar aku masih punyai peluang untuk meneruskan kehidupan, Kau berilah aku cahayaMu dan kesembuah pada diriku...tetapi, jika tiada harapan untuk aku sembuh, maka Kau tariklah nyawaku ketika aku berada dalam keadaan beriman kepadaMu... Kasihanilah aku ya Allah...Amin ya Rabbal Al Amin..."
Inilah doaku setiap kali aku sujud kepada Allah...
Kerana aku tahu, Allah itu maha Mendengar setiap berkataan hambaNya...

Syukran ya Allah...

Kisah Si Remaja Jalanan (1)

          Beginilah kisah seorang remaja yang hidupnya kadang-kadang tidak tentu arah... Fikirannya melayang... Memikirkan kehidupan duniawi dan juga selepas mati... Pengalaman yang berlaku didepan mata membuatkan dia rela hidup susah kerana mahu menjadikan dirinya dekat dengan Tuhan... Sanggup tidak makan kerana tidak mahu membuatkan keluarga gusar kerana dia... Sanggup berkorban demi menjaga hati insan yang lain...

          Dia digelar remaja jalanan... Masih belajar di sebuah universiti kerajaan di Pulau Pinang... Namun, dia bukan berasal dari Pulau Pinang... Hidupnya dipenuhi onak duri dan ranjau kehidupan... Siangnya dihabiskan dengan buku dan kerja tugasan... Malamnya dihabiskan dengan facebook dan lepak-lepak bersama rakan... Beginilah yang dikatakan remaja jalanan yang bergaul dengan semua jenis manusia... Sehingga ada insan yang pandang serong padanya... Namun hatinya kental kerana dia hanya memegang prinsip hidupnya... "Selagi aku tidak bergelar isteri kepada seorang lelaki, dan tiada seorang lelakipun yang menikahi aku, makanya aku bebas untuk berkawan dengan sesiapa sahaja yang aku mahu dengan syarat tidak melepasi batasan agama... Dan hanya kedua ibubapa aku sahaja yang berhak menegur aku dan melarang aku...Kerana aku masih dibawah tanggungjawab mereka..." Dengan memegang prinsip tersebut, dia berdiri di atas kaki sendiri... Sanggup keluar sehingga jam 5 pagi kerana mahu melihat kerenah manusia disekelilingnya... 

          Bukan mudah untuk seorang gadis kampung untuk bergaul dengan bermacam jenis manusia... Dididik dengan ajaran agama yang cukup, diberi nafkah yang sederhana, dan dipesan dengan pelbagai pesanan oleh kedua ibubapa... Namun kerana hati dan perasaan yang ingin tahu kehidupan dikota, dia sanggup merantau jauh dari keluarga... Bukan kerana nafsu remaja yang membuak-buak, tetapi kerana persekitaran yang memaksa dia melakukannya...

          Seperti yang dikatakan tadi, waktu siangnya dihabiskan dengan buku dan tugasan kerja...Sesuai dengan statusnya sebagai seorang pelajar, siangnya dipenuhi dengan kelas dan tugasan yang pensyarah berikan... Waktu malamnya pula dihabiskan dengan keluar lepak bersama-sama rakan taulan... Kadang-kadang sehingga tidak tidur malam... Mungkin kerana otak yang sudah dipaksa bekerja disiang hari, malamnya pula diberikan peluang untuk otaknya berehat... Walaupun begitu, dia tetap dengan cara dia... Remaja jalanan yang mencari hala tuju hidup demi kejayaan masa hadapannya... Agama masih menjadi batas hidupnya... Keluarga masih lagi keutamaan hidupnya... Kawan-kawan masih lagi jadi peneman hidupnya... Alam masih lagi menjadi pengubah hidupnya... Dan yang paling penting, Allah masih lagi menjadi maha berkuasa dan tempat dia memanjatkan doa...

          Bukan mudah juga si remaja jalanan ini untuk menerima hakikat kehidupan... Dari segi hati, perasaan dan sebagainya... Hatinya kadang-kadang dirundun pilu dan luka yang parah tatkala seseorang melukai hatinya... Namun dengan kadar segera, dia memaafkan insan tersebut... Mungkin ini hikmah dari segala kepahitan hidupnya dahulu... Pengalaman si remaja jalanan ini dapat mematangkan hidupnya sehingga orang lain tidak dapat melihatnya kecuali sesiapa yang benar-benar rapat dengannya...

          Beginilah kehidupan hariannya... Berdoa kepada Allah agar mengampuni segala dosanya selesai sahaja solat waktu... Dan meminta agar Allah berikan petunjuk dan hidayah di dalam hatinya... Kehidupan sebenar sedang dilalui olehnya... Walau bagaimana pahit sekali pun hidupnya dulu, kehidupan sekarang perlu dilalui juga... Esok belum tentu lagi apa yang bakal berlaku... Hanya boleh menunggu dan melihat apa yang terjadi... Terima dengan redho dan yakin ada hikmah disebalik kejadian tersebut... kehidupan perlu diteruskan... Dengan prinsip "Allah sayang padaku, kerana itulah ujian diberiNya kepada aku..."

Wednesday 27 April 2011

cerita cinta (2)

"Amin ya Rabb Al-Amin..."

Intan baru sahaja selesai solat Asar. Roommate Intan tiada dibilik. Ada meeting di luar. Intan terasa bosan duduk dibilik seorang diri. Dia bercadang untuk turun ke Tasik Aman. Selalunya jika dia terasa bosan dan tension dengan pelajarannya, dia akan pergi bersiar-siar di tasik. Tidak kisahlah Tasik Aman ataupun Tasik Harapan. Dia pasti akan membawa bekalan roti untuk diberikan kepada ikan-ikan dan binatang-binatang lain yang hidup ditasik tersebut. Kebetulan petang ini, bekalan rotinya sudah habis. Jadi, Intan bercadang untuk bersiar-siar sambil berjoging. Sudah lama dia tidak berjoging. Badan pun sudah naik lemak. Dia pun bersiap memakai baju t-shirt muslimah dan track suit warna hitam. Bukan main semangat lagi Intan petang ni. Sport shoe pun dia pakai skali. Selalunya dia hanya memakai kasut biasa sahaja. 

Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Imran pun keluar bersama rakan-rakannya yang lain. Mereka ingin ke Tasik Aman. Saja jalan-jalan sambil hirup udara segar. Lagipun. sudah seminggu mereka tidak ke tasik kerana cuaca tidak mengizinkan. Alhamdulillah, petang ini cuaca tampak cerah dan udara terasa segar. Tetapi Imran berlainan dengan rakan-rakannya yang lain. Dia memakai sport shoe, tetapi rakan-rakannya hanya memakai slipper biasa. 

"Kenapa ko pakai kasut sukan, Im??? Bukan ke kite just jalan-jalan je. Bukan nak jog pun..."

Tegur rakan sebilik Imran, Faizal. 

"Saja aku pakai kasut sukan. Ingat nak joging skali. Tengok la nanti macam mana. Yang ko tu dok pakai kasut sebelah lain tu kenape Jai??? Hahahahaha..."

Imran memang suka mengusik rakan sebiliknya itu. Sudah berapa kali Imran berbuat demikian pada Faizal. Faizal seorang yang lurus bendul. Dia terkejut lalu melihat pada kasutnya. Sebenarnya, kasut Faizal adalah kasut yang sama, tapi sengaja Imran ingin buat Faizal terkejut. Apa lagi, dengan tidak semena-mena Faizal mengejar Imran. 

Apabila tiba di tasik, Imran mulakan langkahnya untuk berjoging. Namun, langkahnya terbantut apabila matanya terlihat ke suatu sudut tasik, yang membuatkan hati dia terpesona.

"Intan...Dia pun ada di sini juga???"

Benak hatinya berkata-kata. Imran melihat ke arah rakan-rakan yang lain. Kelihatan mereka semua sudah menjauhi dia. Ini peluang untuk dia pergi berjumpa orang yang dilihat di sudut tasik tersebut. Dia tidak mahu kawan-kawannya tahu yang dia pergi berjumpa seorang wanita. Malu agaknya. Imran memulakan langkah kecilnya ke arah Intan. Setelah berada di belakang Intan, dia menyapa Intan dengan salam...

"Assalammualaikum...enti juga berada disini? Seorang saja ke?..."

"Waalaikummussalam...owhhh, enta rupanya. Ingatkan siapa tadi. Ye, ana seorang sahaja. Roommate ana ada meeting diluar, jadi ana datang seorang sahajalah petang ni. Enta datang dengan siapa???..."

"Ana datang dengan rakan-rakan lain. Tu mereka..."

Sambil menunjukkan jari ke arah Faizal dan rakan lain, Imran menerangkan kedatangan dia ke tasik tersebut. Mereka juga tidak mahu dilihat seperti orang sedang bercouple, jadi mereka buat keputusan untuk berjalan ke Tasik Harapan. Disana mereka boleh berbual panjang sambil berjalan. Peluh juga akan keluar dari badan. Mereka berdua kelihatan akrab sekali. Seperti sudah kenal lama. Sedangkan mereka baru sekali berbual. Walaupun begitu, mereka masih lagi mengekalkan adab-adab bersama bukan muhrim. 

"Enta sibuk tak esok petang? Ana mohon pertolongan enta untuk ajar ana subjek 103. Ana kurang faham la. Itu pun jika enta tak sibuk la..."

Intan mahu Imran mengajarnya kerana Imran pernah menawarkan pertolongan pada dia. 

"Esok petang, InsyaAllah. Ana tak de kelas esok petang. Ana tunggu enti di Pusat Sumber Pusat Pengajian Sains Fizik ye. Jangan lupa bawa skali nota dan soalan latihan yang Prof bagi semalam..."

Imran bersetuju untuk mengajar Intan. Dia mahu menolong Intan. Kebetulan dia tiada kelas pada petang esok. Mereka terus berbual sambil berjalan mengelilingi Tasik Harapan. Setelah tiba di penghujung tasik, mereka terserempak dengan Faizal dan rakan-rakan lain. Intan terasa malu dan terus mengindurkan diri dari situ. Hari pun sudah senja, jadi Intan pun pulang semula ke Desasiswa Cahaya Gemilang seorang diri. 

***********************************************************************************

Friday 22 April 2011

cerita cinta (1)

Imran merupakan pelajar Tahun 1 dalam Pengajian Sains Fizik di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Dia merupakan salah seorang pelajar yang cemerlang di Pusat Pengajian Sains Fizik. Pada semester pertama sidang akademiknya, dia telah dianugerahkan Pingat Dekan Pusat Pengajian kerana dia mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 3.89. Semua rakan-rakannya kagum dengan kecemerlangan dia. Termasuklah seorang rakan wanita sekuliahnya. Imran bagaikan dipuja oleh semua rakannya, malahan juga pensyarah-pensyarah yang mengajarnya. Walaupun dia mendapat keputusan yang cemerlang, tetapi dia tidak bangga diri dengan kelebihan tersebut. Malah, Imran seorang yang ringan tulang dan selalu membantu rakan-rakannya yang lemah dalam subjek dipelajari mereka.

Intan, seorang pelajar perempuan yang bertudung labuh di kuliah Fizik tersebut. Dia dikategorikan sebagai pelajar lemah akademik di Pusat Pengajian Sains Fizik. Setiap hari Isnin petang, Intan wajib menghadiri kelas khas yang dilakukan oleh pensyarahnya. Namun begitu, dia tetap juga tidak berganjak dengan kelemahannya. Intan selalu berdoa agar Allah mengurniakan kebijaksanaan kepadanya. Sehingga sekarang, dia masih lagi sama. Walaupun Intan seorang yang lemah dalam pelajaran, tetapi dia seorang yang aktif dan amanah. Ramai pegawai universiti yang suka mengambil Intan sebagai peserta program. Bukan calang-calang program pula, antaranya Temasya Olahraga Tahunan, dia dilantik sebagai Pengarah Projek. Selain daripada itu, Intan juga terlibat dengan program anjuran APEX USM, iaitu Program Lestari Siswa. Program ini merupakan satu penyelidikan lestari dirumah anak yatim yang terpilih. Besar juga jawatannya disana.

Kebetulan kelas pada hari Jumaat tamat pada jam 7 petang. Jadi, bas tiada untuk mengambil pelajar-pelajar dari pusat pengajian masing-masing. Cuaca pada petang itu juga tidak baik. Hujan renyai-renyai dan waktu senja itu kelihatan sangat suram. Nasib Intan baik kerana dia membawa payung. Intan seorang yang berjaga-jaga. Dia selalu membawa payungnya itu didalam beg galas kegemarannya. Ketika Intan membuka payung tersebut, dia berpusing ke arah belakang. Dengan tidak semena-mena...

"Subhanallah...sakitnya..."

Intan terdengar suara seorang lelaki yang mengeluh kesakitan. Intan mengincupkan semula payungnya dan melihat bahawa seorang lelaki berada betul-betul didepannya. Intan terkejut lalu...

"Subhanallah...Maafkan ana, saudara...Maafkan ana...Ana tidak sengaja...Ana tidak nampak yang saudara ada di belakang ana tadi...Asif ye..."

Pertama kali Intan berkata-kata dengan jejaka tampan itu. Sebelum ini, Intan tidak pernah bertegur sapa dengan dia. Jika bertembung, Intan akan senyum dan kembali tunduk. Tetapi, hari ini dengan hati yang berat, Intan terpaksa bercakap dengannya. Intan agak gelabah kerana khuatir jikalau lelaki tersebut cedera terkena payungnya tadi. Sambil tunduk melihat payung, dia menjawab...

"Tidak mengapa...Ana tidak apa-apa...Tidak perlu enti memohon maaf...Entikan tidak nampak ana tadi...lagipun salah ana sebab datang melulu kearah enti tadi...Hujan kan, takut basah buku yang ana pegang..."

Dia berkata sambil menunjukkan buku yang dipegangnya. Walaupun intan berasa serba salah, tetapi agak lega kerana maafnya berbalas.

"Enti ada payung, kan??? Apa kata kita balik sama-sama...Enti tinggal di Cahaya Gemilang, kan?? Ana juga tinggal disana..."

Lelaki tersebut berkata pada Intan. Intan terkejut, kenapa lelaki tersebut mahu pulang dengannya. Sedangkan lelaki tersebut kelihatan alim dan sentiasa berkopiah.  Tidak mungkin dia mahu berjalan dengan wanita yang bukan muhrimnya. Tetapi tidak mengapalah, haripun sudah mulai senja. Sekurang-kurangnya Intan tidak pulang seorang diri. Lalu, Intan mengembangkan payungnya dan berlalulah mereka berdua berjalan bersama menuju ke Desasiswa Cahaya Gemilang. Rakan-rakan yang lain masih menunggu di perhentian bas di hadapan Pusat Pengajian Sains Fizik tersebut kerana hujan tidak berhenti lagi.

Dalam perjalanan, sempat lelaki itu memperkenalkan diri.

"Nama ana Imran. Ana asal dari Perak. Enti???"

"Ermmm...nama ana Intan. Ana juga berasal dari Perak..."

Entah mengapa tiba-tiba mereka merenung antara satu sama lain. Di situlah mula timbulnya perasaan suka antara satu sama lain. Biasalah, itulah yang dikatakan, dari mata turun kehati, dari hati cinta mula berputik.

"Tahniah kerana enta menerima anugerah dari Pusat Pengajian...Enta memang genius...Tidak macam ana, ana kurang pandai..."

"Terima kasih...Tapi kepandaian ana bukan selamanya...Bila-bila masa saja Allah boleh tarik semula...Ini pun berkat doa dari keluarga...InsyaAllah, jika enti perlukan bantuan, ana sudi membantu...Jangan malu-malu, niat ana untuk membantu sahabat..." kata Imran kepada Intan.

Intan kelihatan gembira kerana sudah ada orang yang ingin membantunya.

***********************************************************************************

Tuesday 19 April 2011

Cinta Atas Bukit...(Cerpen Pendek)

Disaat aku merenung ke langit, kulihat bintang-bintang yang berkerlipan memenuhi permukaan langit yang gelap gelita. Aku pejamkan mata sejurus aku menghirup udara malam yang tenang dan nyaman dari permukaan bukit yang agak curam itu. Namun, aku berbaring di atas kepingan-kepingan rumput hijau di bukit itu. Aku merasakan bahawa keindahan malam itu dapat ku selami dengan hati nuraniku. Hatiku terasa tenang pabila memikirkan kebesaran Allah yang maha Pencipta ini.

"Assalammualaikum..."
Aku dikejutkan dari lamunan keindahan alam ini dengan suara yang agak biasa ku dengari sebelum ini. Suaranya yang serak basah itu mengingatkan aku pada seseorang lalu aku melihat kearah suara itu. Agak terkejut melihat seorang jejaka yang aku seringkali sapa difacebook sedang duduk disisi kanan aku. Aku bingung melihat dia lalu membingkas duduk dan menggosok belakang aku jikalau ada tanah yang mengikuti bajuku. 

"Waalaikumsalam..."
Aku menjawab salam yang diberikannya. Lalu aku terfikir adakah dia sudah lama berada disisi aku ketika aku menghirup keindahan alam tadi? Hanya aku yang tidak sedar akan kehadirannya disisi aku sejak tadi atau dia baru sahaja sampai disini? Agak malu kerana tiada orang lain yang berada dibukit itu, hanya aku sahaja. 

"Awak buat apa datang sini? Datang dengan siapa?"
Lalu aku bertanya pada dia sambil melihat wajahnya yang agak cerah, ditambah lagi dengan pantulan cahaya bintang dilangit yang tersangatlah banyak. 

"Sebagaimana tujuan awak kemari, itulah tujuan saya datang kemari..."
Dengan tenang dia menjawab pertanyaan aku lalu menoleh ke arah bintang-bintang yang menerangi ruang langit luas itu. 

"Saya datang bersama bintang-bintang yang berkerlipan di ruang angkasa itu untuk menemani awak yang seorangan disini. Saya tahu, bintang itu mampu membuatkan awak tersenyum, dan jika saya menjadi bintang yang terang itu, saya juga mahu membuatkan awak tersenyum..."
Ditambah lagi kata-katanya sambil jari menunjuk ke arah satu dari bintang yang sangat cantik dan besar di ruangan angkasa. Aku agak terkejut dengan kata-katanya itu. Dengan wajah yang bersahaja dan suara yang agak bergurau, aku membalas semula kata-katanya itu...

"Ishhh, awak ni. Pandainya bermadah ye. Tolonglah jangan buat lawak kat sini..."

Dia pusing ke arah aku dan meminta untuk aku memandang matanya tepat. Dia melihat aku dengan penuh perasaan sambil berkata...

"Bintang-bintang itu dianugerahkan Allah untuk manusia nikmati cahaya dan keindahannya untuk memberi inspirasi pada mereka. Begitu juga saya. Saya mahu menjadi bintang yang memberi inspirasi dalam hidup awak. Ikhlas saya katakan, sejak hari pertama kita bertemu di dewan kuliah hari tu, saya seringkali mengingati awak. Setiap kali bersama di dewan kuliah, saya ingin sangat bercakap dengan awak. Tapi ia sangat tidak mengizinkan saya untuk berbicara dengan awak. Tapi awak selalu sapa saya difacebook. Saya bersyukur sangat..."

Aku hampir tidak percaya, apakah yang baru sahaja aku dengar ini hanya mimpi aku ketika memejamkan mata tadi atau ianya realiti yang berlaku pada diriku. Aku terkedu dan senyap tanpa sebatah kata. Nafas yang aku helakan tidak seperti biasa. Kerana aku takut untuk menghadapi situasi ini. Dia, yang selalu aku anggap rakan sekuliah, memberikan aku kata-kata yang tidak seorang pun yang pernah berani berkata begitu pada aku. Sudah hampir dua semester kami kuliah bersama, rupa-rupanya dia sudah lama menunggu aku. Hampir setiap hari aku menyapa dia difacebook, tetapi dia tidak mahu mengatakan ini difacebook. 

"Apa yang ada pada diriku sehinggakan dia sanggup menerima aku sebagai bakal isterinya?
Layakkah aku untuk menjadi isterinya kelak?" 
Aku bertanya soalan ini dibenak hatiku kerana aku tidak berani untuk bertanya padanya. Aku takut hatinya tersinggung.

Bagaikan dia mendengar bisikan hatiku, lalu dia meneruskan kata-katanya...

"Saya ikhlas untuk mengambil awak sebagai bakal isteri saya. Bukan kerana paras rupa, bukan juga kerana harta yang awak ada. Jikalau senang, senanglah kita bersama, jikalau susah, susahlah. Tapi, saya mahu awak tahu, saya mahu menjadi bintang dihati awak, sementara awak bertindak sebagai bulan dihati saya. Kerana awak baik dan selalu membantu saya, saya sanggup terima awak...Kebaikan yang awak lakukan sudah memberikan saya gambaran tentang awak secara keseluruhannya. Namun, jika ada salah dan silap, kita boleh perbetulkan bersama. Sudikah awak menjadi permaisuri dihati saya?"

Aku bagaikan disumpah untuk membisu. Tidak tahu untuk membalas kata-katanya. Patutkah aku terima atau aku perlu mohon masa untuk berfikir?Dia melihat wajah aku dengan muka yang sedang menunggu jawapan dari aku. Tatkala dia ingin berkata-kata semula, aku memintas ayatnya...

"Awak, kita sudah lama berkawan, tetapi kawan biasa. Kawan sekuliah. Saya tidak pernah menganggap awak sebagai teman istimewa saya. Saya menyapa awak difacebook, kerana saya prihatin terhadap kawan-kawan saya. Hanya satu saya mahu bertanya pada awak, adakah keputusan  yang awak lakukan ini berlandaskan petunjuk dan cahaya Allah? Atau hanya mengikut kata hati awak semata-mata?"

Aku tidak mahu hubungan yang akan dibina tidak bertahan lama kerana perasaan cintanya pada aku bukan atas dasar agama. Kerana aku tahu, jika cinta itu tidak ikhlas, maka Allah akan murka pada hambaNya lalu memutuskan segala nikmat cinta antara mereka. Malam menyepi seketika. Hanya terdengar reriang yang berbunyi dicelahan rumput. Dia merenung ka arah hadapan sambil berkata...

"Ikhlas kerana Allah dan saya pasti petunjuk Allah itu benar. Sama seperti bintang-bintang dilangit, terangnya mereka adalah kehendak Allah. Jika Allah mengatakan gelap, maka suramlah malam ini..."

Beginilah indahnya bintang dilangit yang gelap. Begitu juga cinta yang hadir secara tiba-tiba dalam diri aku. Tanpa aku ketahui, orang yang aku anggap sebagai seorang rakan sekuliah, kini bakal menjadi kawan serumah dengan aku. Kini, aku bersedia dengan tanggungjawab dan perasaan yang bakal hadir dalam hidupku. Walaupun cinta bukan datang dahulu. Aku percaya, jika ikhlas insyaAllah, cinta itu boleh dibentuk setelah aku berumahtangga. 

Kami berdua masih belajar, jadi kami perlu berkongsi tanggungjawab setelah kami disatukan nanti. Allah itu mengetahui apa yang terbaik buat umatNya.

<3...CINTA ATAS BUKIT...<3

Thursday 7 April 2011

Benarin Cinta Itu...(mas Ozhy)

Setiap manusia butuhkan cinta...
Tidak kira samada dia ngerti atau ngak tentang cinta...
Kerana cinta pasti hadir dari hidupnya...
Dan semua orang bisa rasai cinta itu...
Tulus dari hati ini...

Cinta juga pasti hadir dalam diri manusia..
Kapan cinta mendatangi kita..
Pasti gembira terasa hati ini...
Walau hakikatnya...
Duka mengaluti hati dan tubuh...

Walau berbeda namun nggak bisa aku tolak..
Nggak bisa aku buang perasaan ini..
Kerna aku tahu...
Benarin cinta itu sungguh manis buat kita...
Jangan bisa kau jemu melihat cinta di hati ku ini..
Kerna ia hadir di hatimu juga
Jagain lah dia kerana ia amat berharga buat kita..
___:)

Sunday 3 April 2011

Luahan Rasa Hati Yang Hiba Mengenang Cinta...(Cerpen Pendek)

Aku bukanlah wanita yang sempurna. Kadang-kadang aku takut menjadi perempuan. Tapi, aku perlu terima apa adanya ciptaan Yang Maha Esa untuk aku. Aku redha dengan kejadian aku. Dulu, masa aku kecil, aku takut untuk bermain-main dengan orang lain. Aku jenis yang patuh kehendak kedua ibubapa aku. Mereka sering melarang aku bermain dengan lelaki. Sekarang pula, aku lain. Walaupun aku masih takut dengan kedua ibubapa aku, tapi aku punya hak untuk merasai nikmat dunia. Walaupun aku tahu aku tidaklah sebuas rakan-rakan lain. Aku sudah mula ada perasaan kasih sayang terhadap lelaki. Aku sudah mula jatuh hati apabila melihat lelaki. Kini, aku berhadapan situasi yang sangat-sangat berbeza dengan masa lampauku. Aku sudah mula dewasa dan sudah mula ingin mencari haluan hidupku sendiri. 
Kini aku mula untuk mengerti erti cinta. Alam yang aku lalui kini lebih mencabar dengan kehadiran perasaan itu. Benarkah cinta itu buta? Aku sendiri tertanya-tanya. Namun, aku biarkan sahaja apa yang mereka kata. Bagi aku dahulu, cinta itu tidaklah sebuta manusia yang asyik dengan cinta. Tapi kini, cinta yang buta itu yang hadir dalam hidupku. Aku cuba untuk menghalangnya, tetapi hampa. Perasaan yang kian datang menerjah aku membuatkan aku pilu dan sedih. 
Sudah hampir tamat semester 2 aku disini. Macam-macam pengalaman yang aku rasai. Pahit, manis, semuanya ada. Dimarahi, dicaci, dihina, dikutuk, malah lebih teruk lagi aku diduga oleh seseorang yang aku tidak menyangka dia sanggup buat aku begitu. Meskipun begitu, aku masih lagi boleh memaafkan dia. Bukan mudah, tapi aku cuba dan kini aku rela memaafkannya. 
Cinta??? Di universiti??? Ada tu memanglah ada, tapi kadang-kadang aku malas nak melayan perasaan itu. Aku hanya bisa menatap wajahnya tatkala aku bertemu dengan dia sahaja. Aku tidak mahu orang lain perasan yang aku menyukainya. Biar Allah sahaja yang tahu bagaimana aku mencintainya. 
"Akak, dah kahwin ke belum??? Muka akak macam dah kahwin. Mana suami akak???" 
Ya Allah, menyampahnya aku bila soalan-soalan begini diajukan pada aku. Bukan sahaja pelajar, malah pensyarah aku juga sering bertanya soalan yang sama. 
"Hey, you. Mana you punya husband??? I selalu tengok you jalan sorang-sorang. Bukan you dah kawin ke??? Tengok muka you macam dah ade anak 2..."
Ahhhh....Tension aku dibuatnya. Bila berjumpa dengan rakan-rakan yang aku baru nak kenal, pasti mereka kata aku sudah 25 tahun dan sudah berumah tangga. Betulkah kata mereka ini? Padahal aku baru 20 tahun. Apabila aku cerita pada mak dan abahku dikampung, mereka semua ketawa. Kecil hati aku. Mereka tidak tahu bagaimana perasaan aku apabila menerima situasi seperti ini. 
Setiap tahun, pasti ada sahabat-sahabat dan juga saudara-saudara perempuanku yang bernikah. Aku terharu melihat mereka dan teruja juga. Aku tertanya-tanya lagi pada diri aku, bilakah masa seperti ini akan sampai pada aku? Adakah sempat untuk aku menjadi seperti mereka? Macam-macam persoalan timbul dalam benak hatiku. Aku masih muda lagi. Patutkah aku berfikir tentang rumah tangga? Aku masih muda lagi. Adakah aku bersedia untuk melalui alam berumah tangga? Aku masih muda lagi. Adakah yang sudi membimbing aku tatkala aku sudah menjadi isterinya nanti? Macam-macam lagi persoalan yang aku persoalkan. 
Pabila aku terfikir tentang kedua ibubapaku, pasti aku menolak semua persoalan itu. Kerana aku ingin penuhi hasrat kedua ibubapaku. Iaitu memberikan mereka senyuman lebar dengan kejayaan aku suatu hari nanti. Aku juga tidak mahu mereka terluka kerana merekalah orang yang aku paling sayang. Tapi aku ini manusia biasa dan mahu mencari kehidupan yang sebenar. Aku tidak bisa menipu diri sendiri. Aku tidak boleh membawa perasaan ini hinggakan aku sendiri yang merana. Mak, abah, aku bukan mahu ingkar kata-kata kalian, tetapi aku mahu kalian faham bahawa anakmu ini ingin menjadi wanita biasa. Wanita yang menunaikan fitrah seorang wanita. Sama seperti mak juga. Maafkan anakmu ini. 
Kadangkala, hati aku meronta-ronta untuk mencari pasangan hidup. Perasaan ini datang tiba-tiba. Bukan aku pinta dan bukan juga aku mohon. Ya Allah, sukarnya untuk aku menahan. Aku tidak mampu. Kini, aku hanya berserah pada Allah, bagaimana Dia menentukan kehidupan aku. Walaupun aku tahu aku bukan manusia yang mulia, namun aku tahu juga cinta itu mulia disisi Allah jika kita sebagai hambaNya menjadikan ia sebagai satu wadah kehidupan yang suci. 

Kasih,
Kau hadir tanpaku duga,
Kau pergi tanpaku pinta,
Sayang,
Kau selitkan rasa ini dihatiku,
Tetapi kau menghilang sekelip mata,
Kerana kau ingin datang dihari lusa,
Rindu, 
Kau bagaikan sahabat hatiku ini,
Kau cari diriku,
Tanpa memikirkan imanku,
Cinta,
Kau robek jantungku,
Sehingga aku sukar untuk bernafas,
Dalam kehidupan yang penuh duri dan ranjau,
Kerana kaulah aku begini,
Kerana kaulah aku disakiti,
Kerana kaulah aku dibenci,
Namun,
Aku tidak bisa melawan,
Aku tidak bisa menungkah segala fitrah,
Sesungguhnya aku juga ada kamu...

KASIH, SAYANG, RINDU, CINTA.........

Saturday 26 March 2011

Pantun Bermadah Cinta...

Bermain puteri di dalam taman,
Terkena duri pohon delima,
Jika diri tidak berteman,
Dinda mencari sudilah terima...

          Rehat pendeta tepian lukah,
          Ketanah seberang temani bonda,
          Sibuk bercinta sebelum nikah,
          Mengapa sekarang porak peranda?...

Putera bertitah ditengah kota,
Puteri ditaman memetik melati,
Tidak salah untuk bercinta,
Asalkan iman teras dihati...

          Dahan pedada dihujung bumbung,
          Dicantas pendeta ditanah rata,
          Batas tiada tika berhubung,
          Begitukah cinta dikatakan buta?...

Mengail ikan tepian jeti,
Datang pendeta membawa kasa,
Hajat bukan lukakan hati,
Tetapi cinta pudar terasa...

          Mencari palas bersama melati,
          Ditanah rata singgah kesuma,
          Jika ikhlas didalam hati,
          Hina dimata sanggup kuterima...

Mencari pauh tepian hutan,
Terlihat peria jatuh kebatu,
Biar jauh seberang lautan,
Kusemat setia cinta yang satu...

          Rehat tun teja tepian telaga,
          Mentari cerah menyinar dahi,
          Bukan sengaja tidak diduga,
          Kerana pasrah takdir Illahi...

Aduka sepuluh menari ngajat,
Anak pendeta meniup bangsi,
Walau jauh bezanya darjat,
Kerana cinta sanggup ku rentasi...

          Berehat ratu dipohon pedada,
          Dilihat penghulu sedang berangan,
          Bukanku tak mahu memeluk kanda,
          Nikah dahulu halalkan hubungan...

Puisi Ceritera Kita...(tyra & ummi)

Pabila angin lalu menyapa...
Adakah kisah kita akan berterbangan...
Pabila awan menutupi dunia...
Bisakah kisah kita hadir menerpa...
Pabila air menghujani bumi...
Bisakah kisah kita menyinar kembali...

Mungkinkah???
Setelah tanpa kata kau berlalu...
Tanpa bicara kau pergi...
Mungkinkah akan kau terpa diriku...
Melewati kembali jasadku...
Memegang erat semangatku...
Mungkinkah kau hadir tika aku sendirian...
Kerna kau berlalu tanpa bicaraku...

Sudah...
Biarkn saja masa bermain dengan waktunya...
Biarkan saja takdir dengan perancangannya...
Andai masih terpahat katamu...
Andai masih terpatri janjimu...
Kirimkan salam bayu buatku...

Kita tetap berdiri disini...
Tanpa bicara...
Tanpa kata...
Takdir penentu segala...
Terimalah seadanya...
Kisah kita pasti kembali...
Kerana ia pergi hanya sementara...
Sehinggalah jasad terkubur kelak...
Perginya ia buat selamanya...

InsyaAllah...
Kembalinya hingga ke syurgawi...

p/s : inilah hasil nukilan kami berdua iaitu tyra dan saya...maksudnya amat mendalam...fahami dan hayatilah ia kerana segala yang tertulis di dalam puisi ini terkandung kehidupan manusia...selamat membaca...

Monday 14 March 2011

Dikau Lafazkan Tanpa Relaku...

Nadiku terhenti dikala dikau melafazkannya...
Terasa nafasku berat untuk dihelakan...
Terkedu tanpa mengatakan apa-apa...
Kata-kataku bagaikan terhempas di batuan keras...
Penglihatanku kabur tidak semena-mena...
Fikiranku melayang bagai melihat debuan terbang di angkasa...
Tubuhku rebah ke bumi tanpa ada penghalang...

Aku tidak mampu menerima luahan dirimu...
Kerana ia bagaikan panah yang tertusuk didadaku...
Aku tidak mampu menyekat kata-katamu...
Kerana hela nafasku sudah bergelora...
Keindahan yang aku impikan dahulu...
Sudah hancur bagaikan kaca yang retak seribu...
Berderai diatas jalanan mimpi...
Tidak dapatku rasai keindahan ini untuk selamanya...

Terasa sayu hatiku...
Kerana cinta yang kita bina tidakkan kekal...
Dikau lafazkan ia tanpa permintaanku...
Air mataku ini tidak terdaya untuk berhenti...
Bagaikan hujan yang turun dari langit...
Tanpa diminta untuk turun...
Tanpa dipinta untuk berhenti...
Kenyataannya...
Mengapa dikau lakukan ini padaku?...
Tidakkah dikau melihat cintaku padamu?...
Maafkan aku kerna terpaksa mengatakan ini semua padamu...

PERTEMUAN TERAKHIR...

Pertemuan ini pertemuan terakhir...
Untuk kita bersama itu mustahil...
Aku pilih setia...
Kamu curang selalu...
Aku cari cinta...
Kamu berikan dusta...

Pertemuan ini pertemuan terakhir...
Jangan kau sebut lagi..
Kerna ku tiada disisi...
Selamat tinggal kasih...
Selamat tinggal selamanya...
Tiada dua dihati ini...
Namun mengapa dikau begini...
Terasa pilu saat didustai...
Dikau hadir dikau pergi...
Jangan dikau kembali lagi...

Pertemuan ini pertemuan terakhir...
Bukan hendak salahkan takdir...
Kerna aku tahu dikau kan pergi...
Aku jua...
Tidakkan menunggumu lagi...

Pertemuan ini pertemuan terakhir...
Terlerai kasih...
Terputuslah sayang...
Tercalarlah cinta...
Jangan kau datang lagi padaku...
Kerna pintu hatiku...
Sudah ditutupi rapi...

Tuesday 8 March 2011

Cinta...Yang mana inginku simpan???

CINTA...kadang-kadang aku benci pada cinta...setiap kali cinta datang dalam diri aku, aku sangat gembira...tapi bila cinta mula pergi meninggalkan aku, aku pasti menangis...aku selalu mencari cinta, tetapi pasti ada dugaan disebaliknya...pedih, luka, pahit...semua perkara ada dalam dugaan tersebut...

CINTA...aku bukan hipokrit untuk membiarkan cinta pergi macam tu sahaja...tetapi aku tidak sanggup menanggung cinta yang membuatkan aku jatuh tersungkur...cinta jugalah yang menghancurkan kehidupan aku...juga rakan-rakan aku yang lain...

CINTA...aku serahkan cinta aku pada Allah...kerana aku tahu Allah akan menerima seluruh cinta hambaNya...Allah lebih menyukai hambaNya yang menyerahkan seluruh cintanya pada Dia...dan aku yakin, Allah pasti akan memberikan aku cinta yang membawa kepada kebahagiaan...walaupun bukan sekarang...

CINTA...manusia selalu cinta mencintai...aku juga...aku bukan tidak cintakan kamu...tapi kamu telah melukai hatiku...aku kecewa mencintai manusia...kerana manusia tidak tahu menilai erti cinta yang sebenar...

CINTA...kenapa perlu cinta pada insan yang tidak tahu apa itu cinta?...sedangkan dia juga pasti ada rasa cinta...tetapi dia tidak pernah menghargainya...dia tidak berterima kasih pada Allah kerana telah mengurniakan rasa cinta...aku benci manusia begini...

CINTA...yang mana perlu aku turutkan?...yang mana perlu aku simpan?...Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat cintaMu, tetapi aku keliru dengan cinta ini...

Sunday 6 March 2011

Ku Korban Cintaku Demi Kamu...(cerpen pendek)

Sejak aku melihat diri kamu digambar itu, aku terpaut dengan penampilan dan gayamu. Aku berdoa agar aku bisa mengenali diri kamu. Aku seringkali membayangkan wajah kamu. Walaupun hanya sekali baru aku melihat wajah kamu, namun aku bisa mengingati wajah kamu itu sampai bila-bila. Akhirnya aku tabahkan hatiku untuk bertanyakan tentang kamu pada sepupuku. Sepupuku memberitahu aku bahawa kamu merupakan rakan sepasukannya disana. Dan dari situlah Allah memberikan aku kesempatan untuk mengenali kamu lebih rapat. beberapa hari kemudian, aku memberanikan diriku untuk mencari kamu dalam facebook. Aku jumpa kamu. Tatkala aku melihat nama kamu difacebook, ia memberi aku bayangan tentang cara dan kehidupan kamu. Keganasan dan kesusahan sudah sebati dalam hidup kamu. Aku dapat bayangkan itu. 

"Kamu, aku memang tidak menyangka sepupu aku memberitahu kamu tentang aku. Aku bersyukur sangat."

Kamu juga aku lihat sungguh bersemangat apabila pertama kali menyapa diriku difacebook. Aku bagaikan kuntuman mawar yang mekar dipagi hari kerana terlalu gembira pada masa itu.Engkau bertanyakan nama aku. Mungkin kerana aku tidak menggunakan nama sebenarku difacebook, jadi kamu agak keliru untuk memanggil aku. Jadi, aku terus tukar namaku difacebook sehingga sekarang. Kerana kamulah aku tidak mengubah nama facebook aku. Kamu memberikan kata-kata yang agak complicated untuk aku faham, namun selepas penerangan kamu, akhirnya kata-kata itu rupa-rupanya membawa maksud nama penuh kamu. Aku amat teruja melihatnya. Nama kamu simple, tapi makna kata-kata itu sangat mendalam. Aku masih ingat lagi, kamu bertanya khabar aku, dan aku juga begitu. Dan kali pertama perkenalan kita itulah kamu meminta nombor telefon aku supaya lebih mudah untuk kamu menghubungi aku. 

"Kamu, aku langsung tidak menyangka secepat ini perkenalan kita boleh semesra ini. Adakah ini satu taktik kamu untuk menguji aku? Atau kamu ingin melukai hatiku?"

Itulah persoalan yang tiba-tiba aku luncurkan difikiran aku. Kerana aku tidak percaya apa yang sedang berlaku. Kamu mula menghubungi aku malam itu juga. Aku terima panggilan kamu. Tapi, pabila aku mendengar suara kamu, semacam aku tidak percaya itu suara kamu. Aku rasa suara kamu itu tidak manis seperti wajah kamu. Aku bertanya pada sepupu aku untuk kepastian dan dia kata suara kamu memang begitu. Lawakkan? Aku tidak percaya itu suara kamu. Tapi, setelah kamu juga memberitahu aku tentang itu, akhirnya aku percaya sama kamu. Sejak malam itu, aku rasa tidur aku juga sudah tidak lena. Aku asyik teringatkan kamu. Dan sejak malam itu juga, setiap malam kamu chatting dengan aku. Setiap malam juga kamu telefon aku. Hanya ada beberapa hari sahaja yang aku menghubungi kamu. Itupun kerana kredit kamu tiada. Tetapi, ada satu malam yang kamu hubungi aku, yang aku tidak bisa melupakan kata-kata kamu pada aku. Kamu cerita pada aku tentang masa silam kamu dan juga hasrat hati kamu. 

"Kamu, aku sangat teruja dengan hasrat kamu. Mungkin kerana hasrat kamu itu ada samanya dengan hasrat aku. Jujur aku katakan pada kamu, aku menyokong kamu untuk mencapai impian kamu itu. Walaupun cinta aku pada kamu terpaksa aku korbankan."

Dalam perkenalan kita juga, kamu sempat meminta pendapat aku tentang alam perkahwinan. Aku amat teruja dan sangat seronok memberitahu pendapat aku pada kamu. Bagi aku, ilmu yang aku ada perlu aku sampaikan juga pada kamu. Hati aku sebenarnya mula berbunga-bunga dikala kamu bertanyakan aku tentang pernikahan. Aku mula membayangkan bahawa kita berdua berada di atas pelamin. Jika aku tidak silap, aku juga ada bertanya pada kamu tentang umur pernikahan kamu. Kamu beritahu aku bahawa kamu ingin bernikah pada umur 27 tahun. Aku terkejut juga. Rupa-rupanya ada sesuatu yang mengajar aku tentang umur itu dalam hidup kamu. Aku mengerti hal itu dikala kamu menelefon aku di malam kelapan belas. Kamu cakap yang kamu ingin belajar dan bekerja dahulu. Setelah itu, baru kamu ingin mencari calon isteri. Aku ingatkan itu hanya kata-kata kamu sahaja. Aku masih mencintai kamu walaupun kamu mengatakan itu pada aku kerana aku memang tidak sangka apa yang aku tidak mahu terjadi ini akhirnya terjadi.

Tibalah saat yang paling mengejutkan aku. Cinta yang berputik belum pun seratus hari, terpaksa aku korbankan kerana aku lebih memahami kehendak dan kerjaya kamu. Demi kamu mencapai kejayaan kamu, aku sanggup korbankan cinta aku pada kamu. Kamu hantar satu sms kepada aku. Kamu marah denganku. Kamu memerintahkan aku supaya tidak menghubungi kamu lagi. Jika tidak, kamu akan marah pada aku. Kamu juga tidak mahu aku bertanya pada kamu apa sebabnya. Aku hanya bisa senyap tanpa berkata apa-apa. Namun, air mata aku membasahi pipi tatkala aku habis solat kerana mengenangkan kamu di dalam doaku. 

"Kamu, apa salah aku sehingga kamu sanggup lakukan ini pada aku? Aku tidak mengerti."

Enam hari aku menanggung banyak persoalan dan perasaan. Aku lakukan sahaja kerja-kerja aku disini, tetapi hati aku melayang ke mana, aku pun tidak tahu. Akhirnya, aku menguatkan semangat aku dan terus menghantar mesej di inbox kamu. Satu hari lagi aku terpaksa menunggu. tapi akhirnya kamu membalasnya dengan nada yang sangat bersopan dan lembut. Setelah aku teliti balasan mesej kamu itu, dan aku berfikir sedalam-dalamnya, aku membuat keputusan aku sendiri. Walaupun aku tahu ia sangat memedihkan aku, dan sangat melukai hati aku, aku sanggup hadapinya. Aku menerima keputusan kamu. Mungkin kerana aku merasakan kejayaan kamu lebih besar ertinya dari cinta aku pada kamu. Aku mahu kamu terima apa yang kamu inginkan itu. Aku akan gembira pabila melihat kamu gembira. Walaupun hakikatnya aku dalam kesedihan dan kerinduan.

"Kamu, aku mahu kamu capai kejayaan kamu. Jangan kamu fikirkan aku. Aku sudah merelakan cinta kita ini hanya setakat ini sahaja. Mungkin ini adalah yang terbaik buat kamu. Dan buat aku."

Hanya satu yang bisa aku janjikan, aku akan menunggu kamu selagi mak dan abahku tidak mencarikan calon suami buat aku. Dan aku juga merelakan kamu pergi dari aku jika kamu mendapat wanita yang jauh lebih baik dari aku. Aku berkorban cinta aku demi kehidupan kamu...

p/s : Cerita ini adalah manipulasi antara realiti dan fantasi...Ada part yang aku laluinya sendiri dan ada part yang aku hanya bayangkan...Untuk pembaca2 semua, jadikan ia satu kisah pengajaran buat kalian...




Saturday 5 March 2011

Pantun Bermadah Cinta...(Bercerai Dua)

Pergi pendeta mencari halban,
Dari Majapahit ke Inderagiri,
Kerana cinta aku berkorban,
Namun pahit balasan diberi...

     Tumbuh ciku celahan kuini,
     Hidup rusa bersama kera,
     Apa salahku dibuat begini,
     Sedih terasa hatiku lara...

Tumbuh merata pohon merapi,
Tempat kunang ditangkap kesuma,
Air mata membasahi pipi,
Dikala terkenang waktu bersama...

     Berjalan Wan Darus bersama petani,
     Hajat kembara memikat janda,
     Mengapa harus jadi begini,
     Hubungan mesra kekalnya tiada...

Bercorak silang kebaya ratu,
Tersenyum sinis dilihat kesuma,
Tidakkan hilang kenangan itu,
Kerana manis saat bersama...

     Tepian perigi berjumpa pendeta,
     Dilihat sunti teruna tampan,
     Kemana pergi rasanya cinta,
     Aku menanti tanpa jawapan...

Dihujung tamu parang diasah,
Dibawa kekubur di tanah rata,
Tanpa cintamu hatiku resah,
Terasa kabur didepan mata...

     Masuk ke hutan anak pendeta,
     Mencari palas bersama sena,
     Cinta bukan kerana harta,
     Tetapi ikhlas dipandang hina...

Datang tetamu dari kota,
Lalu disapa anak pemandu,
Sanggup kamu menolak cinta,
Kepada siapa inginku mengadu...

     Sungguh rendah pintunya gua,
     Teruna memilih rehat diperdu,
     Kasih sudah bercerai dua,
     Hati pedih mengenang rindu...

<Bersambung...>

Friday 4 March 2011

Pantun Bermadah Cinta...

Tepian reban tumbuhnya longan,
Kawasannya redup tidak disia,
Perlu berkorban dalam hubungan,
Baru hidup terus bahagia...

     Putera Perlak jalan beria,
     Mencari berangan digerai nyonya,
     Cinta berpasak janji setia,
     Agar hubungan kekal selamanya...

Jauh kembara anak kelasi,
Tepian kota berjumpa teruna,
Jujur bicara rahsia dikongsi,
Impian cinta pasti laksana...

     Tepian telaga berehat pendeta,
     Sambil berangan puteri Persia,
     Restu keluarga perlu dipinta,
     Agar hubungan kekal bahagia...

Pergi kejeti membawa penganan,
Dipohon merapi hati terkenang,
Jikalau hati sudah berkenan,
Lautan api sanggup direnang...

     Hajat pendeta mencari kain,
     Bersama sunti ke tanah seberang,
     Biar mata melihat yang lain,
     Namun dihati kanda seorang...

Petik melati oleh kesuma,
Tepian telaga mengasing jerami,
Sehidup semati kita bersama,
Hingga ke syurga cinta bersemi...

     Tepian kali tumbuh melati,
     Dipetik puteri duduk ditangga,
     Suami mithali impian hati,
     Mendidik isteri untuk ke syurga...

Ke Inderagiri bersama kesuma,
Tepian telaga rehat puteri,
Kukuhkan diri dengan agama,
Kelak keluarga rahmat diberi...

     Mencari ragi di Inderagiri,
     Berhenti teruna tepian telaga,
     Kanda pergi membawa diri,
     Dinda merana tiada terhingga...

<Bersambung...>